Friday, November 18, 2011

Perkembangan corak petempatan manusia

Rumah di Malaysia dan fungsinya


Isi Pelajaran :


1. Kepentingan rumah kepada manusia
2. Jenis-jenis rumah yang berbeza
3. Jenis ruang, struktur rumah dan bahan-bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan rumah
4. Membanding dan membezakan rumah tradisional dan rumah moden berdasarkan pelan ruang, struktur dan bahan binaan rumah


Aktiviti P&P 1 (Asas sebuah rumah)


1. Guru menerangkan secara ringkas proses pembinaan rumah
2. Guru mula menceritakan tentang kepentingan rumah kepada manusia
3. Murid mendengar dan berfikir
4. Murid memberi respon tentang rumah masing-masing
5. Guru memberikan contoh gambar rumah kepada murid.

6. Guru mengarahkan murid untuk membuat kumpulan.
7. Guru mengedarkan gambar-gambar tersebut untuk setiap kumpulan.
8. Setiap kumpulan diarahkan melihat dan menyenaraikan bahan-bahan asas pembinaan rumah mengikut gambar yang diberikan.
9. Murid melihat gambar tersebut dan cuba membayangkan rumah sendiri
10. Murid Bergerak mengikut kumpulan
11. Di dalam kumpulan murid melihat gambar rumah yang guru edarkan
12. Dalam kumpulan, murid berbincang tentang rumah yang mereka dapat dan telah menyenaraikan sedikit asas pembinaan rumah.

Aktiviti P&P 2 (Kajian struktur dan Bahan Bina Rumah)

1. Guru mengarahkan murid membuat kajian tentang Struktur rumah. 
2. Dalam kumpulan, guru mengarahkan murid membuat kajian tentang bahan binaan rumah. 
3. Guru mengaitkan isi kandungan pamplet tersebut dengan pelajaran hari ini iaitu tentang pelan ruang, struktur dan bahan binaan rumah. 
4. Guru mengarahkan murid melukis pelan ruang idaman mereka.


Aktiviti P&P 3 (Penutup)

1.Guru memberi rumusan untuk keseluruhan tajuk rumah dan pembinaan di Malaysia. 
2.Guru menyoal setiap kumpulan dan Murid diberi latihan.
3. Murid mendengar dan Menilai keseluruhan tajuk.
4.Murid menjawab soalan guru dengan mengangkat tangan.

5.Murid secara senyap melihat dan mengkaji rumah tersebut.
6. Murid melukis pelan ruang idaman mereka, sama ada rumah tradisional atau moden dengan bimbingan guru.