** ( ImPaK ) **


Kekuatan 

Secara keseluruhannya, saya melihat kajian tempatan adalah subjek yang tidak susah bagi murid-murid untuk memahaminya. Seperti yang kita tahu, subjek ini lebih kepada ilmu umum yang semua orang harus tahu. Melalui pemerhatian, kekuatan dalam pengajaran ini adalah keadaaan kelas yang begitu selesa dan luas. Hal ini sangat mempengaruhi P&P masa kini kerana murid akan berasa tidak selesa dan akan kurang menumpukan perhatian. Selain itu, sudah tentu penggunaan komputer dan slideshow dapat menarik perhatian murid-murid. Seperti yang kita tahu murid-murid lebih peka terhadap sesuatu yang berwarna dan jelas agar ianya memikat penglihatan mereka untuk lebih fokus. Oleh itu, mereka lebih fokus dalam penyampaian P&P ini. 



Kelemahan

Salah satu kelemahan dalam P&P ini adalah penggunaan powerpoint dan slideshow yang terlalu kerap dan 80% bergantung kepadanya boleh mengakibatkan murid hanya tertumpu pada bahan tersebut, sehinggakan tidak mendengar kata-kata guru. Hal ini adalah mereka menganggap dan membayangkan slideshow tersebut sebagai komputer game yang boleh dipermainkan walaupun dengan hanya melihatnya. Sepertimana yang kita tahu imaginasi kanak-kanak amat kuat. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang degil dan amat nakal. Oleh itu, guru harus memberi ruang dan masa bagi mereka untuk memahami dan mempelajari lebih mendalam agar mereka lebih fokus lagi. 


Langkah Mengatasi 

Setiap guru tidak seharusnya hanya menggunakan alat bantu mengajar 100%. Guru patut memiliki sifat tegas dalam proses pengajaran. Guru yang tegas lebih digeruni murid-murid. Penggunaan alat seperti powerpoint haruslah diseimbangkan dengan penceritaan daripada guru sendiri agar murid lebih faham dan fokus. Selain itu, guru juga mesti memiliki sifat berkawan dengan murid terutamanya murid-murid yang degil dan nakal. Guru tidak seharusnya memarahi mereka secara terus kerana hal ini akan membuatkan mereka lebih negatif.